Akidah.

Inilah akidah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama’ah yang disebut di dalam kitab para ulama jawi.

• Allah tidak bertempat.
• Allah tidak berhad (batasan).
• Allah tidak menyerupai makhluk.
• Allah tidak duduk di atas ‘arasy.
• Allah duduk di atas ‘arasy adalah akidah golongan mujasimah.
• Allah tidak berpindah randah.
• Allah bukan jisim atau jirim atau jauhar.
• Allah tidak sama dengan sesuatupun.

* Hati-hati dengan akidah golongan mujassimah dan musyabbihah yang berpegang dengan zahir ayat dan hadith mutasyabihah sehingga jatuh mereka itu di dalam kesyirikan kerana menyamakan Allah dengan makhluk.

* Dosa syirik adalah sebesar-besar dosa dan lebih berbahaya boleh menjadikan seseorang jatuh di dalam kekufuran pada i’tiqad na’uzu billahi min zaalik.

* Semoga Allah memelihara akidah kita khususnya akidah umat Islam di Malaysia di atas akidah ahlul haq, akidah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama’ah asyaairah dan maaturidiyyah.

* Inilah akidah para ulama kita, sesepuh kita, ibu ayah kita semenjak Islam bertapak di Tanah Melayu. Usaha untuk merubah pegangan ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah agar tidak dirosakkan oleh aliran ekstrimis seperti wahhabi dan salafi.

* Dunia Islam bahkan Arab Saudi sendiri telah menolak fahaman wahhabi kerana sejarah telah membuktikan pemikiran inilah yang telah melahirkan kelompok ekstrimis di dalam Islam seperti ISIS zaman berzaman.

* Masakan kita pula ingin mengutip dan menjadikan pemikiran ini sebagai aliran rasmi negara kita setelah dunia melihat aliran ini menjadi barah kepada umat Islam?

* Belajarlah dari sejarah. Kitab-kitab para ulama yang menjelaskan kesesatan aliran wahhabi bukan sedikit. Kajilah dengan lunas-lunas ilmu in sha Allah kita akan melihat yang benar itu benar dan yang bathil itu bathil.

*Waullahua’allam*

1771

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta’ala telah berfirman: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya. Dan puasa itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kalian sedang melaksanakan puasa, maka janganlah dia berkata rafats(mencarut) dan bertengkar sambil berteriak. Jika ada orang lain yang menghinanya atau mengajaknya berkelahi maka hendaklah dia mengatakan ‘Aku orang yang sedang berpuasa. Dan demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah Ta’ala dari pada harumnya minyak kasturi. Dan untuk orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya, yaitu apabila berbuka dia bergembira dan apabila berjumpa dengan Rabnya dia bergembira disebabkan ‘ibadah puasanya itu”.

Riwayat Bukhari :1771

Justice in history.

Pelarian/Imigran: Adakah Orang Kita Betul-betul Berkeupayaan?
Dalam hantaran sebelum ini Srikandi ada menyatakan bahawa sepanjang pengalaman pahit dan masam dalam menangani karenah pendatang asing, terbukti kita sebenarnya tidak mampu, tidak seperti negara lain, contohnya Indonesia atau Thailand yang bijak mendisiplinkan penduduknya supaya berpayung pada satu bahasa, satu sistem pendidikan dan satu identiti negarabangsa. Jika tidak mahu pisang berbuah dua kali, ukurlah baju di badan sendiri.
Ini fakta, orang kita masih belum bersedia dan berkeupayaan untuk menghadapi arus imigran yang lebih bermotivasi untuk meneruskan kelangsungan, lebih bijak dalam persaingan dan lebih agresif dalam menguasai dan menjajah. Ini berbanding orang kita, yang sudah lama duduk dalam zon selesa. Walaupun zon selesa itu sebenarnya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang atau cukup-cukup makan sahaja seperti kebiasaannya pada miskin bandar.
Fikirkan, selepas merdeka dari penjajah British, kita ada lebih kurang 1 juta imigran yang kemudiannya diterima sebagai warganegara oleh orang-orang Melayu yang tersangatlah baik hati dan kemanusiaan itu. Tidak ada bangsa dalam dunia yang sebaik hati orang Melayu yang ketika itu bukanlah kaya raya, malah paling termiskin dan papa kedana berbanding para imigran itu.
Tidak cukup dengan itu, orang Melayu benarkan mereka memiliki sekolah berasaskan perkauman malah kini ada UEC yang pakai sistem luar dan di sana juga ada sekolah-sekolah persendirian. Sistem ini akhirnya menghasilkan apa yang disebut sebagai ‘bangsa D4P’ yang akhirnya mempersoalkan orang Melayu sebagai pribumi di sini dan golongan ultrakiasu yang cemburu dengan aset-aset Melayu-Bumiputra dan mahu apa yang di tangan kita dalam perlembagaan dikongsi samarata dengan mereka. Amat sedikit yang benar-benar menghayati hidup sebagai warganegara Malaysia dan ini jelas, amat jelas apabila statistik pilihanraya menyatakan mereka majoritinya mengundi D4P.
Anehnya, kita seperti tidak berkeupayaan membetulkan kepincangan ini. Sama ada para pemimpin Melayu telah dirasuah ataupun mereka takut diancam keselamatan keluarga mereka.
‘Bangsa D4P’ amat licik dan cekap untuk menambahkan populasi mereka seperti ini: https://www.sinarharian.com.my/article/61655/BERITA/Jenayah/680-warga-China-ditangkap-di-Cyberjaya-akan-didakwa-esok
Beratus-ratus malah beribu-ribu pelarian diseludup dan bekerja di negara kita tanpa sedar dan diberikan kad pengenalan melalui orang dalam, contohnya seperti ini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/606273/6-lelaki-termasuk-penolong-pengarah-jpn-pulau-pinang-didakwa
Itu yang terkantoi. Yang belum terkantoi? Berapa banyak? Berapa ramai?
Malah, perbuatan menjual negara ini dibela oleh para peguam mereka, seperti ini: https://malaysiagazette.com/2019/09/18/kenapa-rayer-bela-tertuduh-kes-sindiket-jual-mykad/
Sedarkah anda berapa populasi pendatang asing yang masuk dengan cara ditaja begini sekarang? Pendatang asing yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan tapi memiliki IC dan mampu mengubah siapa pemimpin negara dengan undi mereka.
Mereka yang ramai ini, kita tidak mampu untuk mengawalnya. Mereka ada sekolah sendiri, hidup berkelompok-kelompok seperti dalam ghetto dan tidak bercampurgaul dengan orang Melayu.
Pendatang asing juga bijak berniaga dan mengambil peluang, tidak seperti kebanyakan dari kita. Mereka agresif dan tidak peduli undang-undang dan ini menakutkan penguatkuasa kita. Ada yang sanggup merasuah pihak-pihak tertentu. Mereka memiliki rangkaian kedai, menguasai pasar borong dan kawasan perniagaan tertentu. Ini realiti, bagaimana pendatang asing cepat menjadi kaya dan menguasai perniagaan sedangkan kita pribumi sini dan masih majoriti? Adakah orang kita tidak cekap mengambil peluang seperti pendatang asing ini? Sungguh, kita belum berkemampuan menghadapi persaingan dengan mereka dari segi ekonomi.
Warga asing mampu membina rumah setinggan yang mewah dan cukup kemudahan tanpa diganggu pihak berkuasa. Ini aneh. Contohnya seperti kes ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577251/isu-bukit-malut-akan-diselesaikan-sebelum-membengkak
Jika warga tempatan bina rumah setinggan begini, yang peliknya cepat aje datang jentolak meranapkan rumah. Apabila sudah banyak sampai berkampung-kampung rumah setinggan warga asing ini, kerajaan sudah menjadi pening dan akhinya dibiarkan sahaja atau diberi taraf kerakyatan.
Rumah dah ada, kerja ada dan bila sudah kaya-raya dan banyak wang, para lelaki mereka mampu meminang anak dara atau janda orang tempatan dan para lelaki bujang warga tempatan hanya menggigit jari melihatkan gadis-gadis tempatan bersuamikan warga asing dan ada di antara mereka membujang sehingga ke tua kerana lambat mengumpul wang.
Formulanya jelas: jika sudah ramai, mereka ada cukup kekuatan untuk buat apa saja. Orang kita biasanya mahu hidup aman damai. Namun pendatang makin mendesak ruang dan pekerjaan. Orang kita selalu menyimpan sabar dan sampai masa akan meletup. Bila meletup, orang kita akan disalahkan kononnya bersikap rasis dan ‘tidak kemanusiaan’. Tapi, siapakah yang mahu mendengar luahan hati yang terpendam di hati paling dalam itu di kalangan orang kita?
Kita bukan seperti orang Indonesia yang kuat mempertahankan bahasa dan sistem pendidikan mereka. Kita bukan seperti orang Thailand yang tegar mempertahankan bahasa, budaya dan identiti negara malah prestij raja-raja mereka. Keupayaan mereka ini dalam ketegasan sikap dan kekuatan JATIDIRI membuatkan mereka mudah mengawal penduduk negara masing-masing.
Kita bukan seperti orang Amerika, Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang penduduk tempatannya menguasai ekonomi dan perniagaan. Ekonomi kita tidak sampai 30% dan selebihnya dimiliki kaum lain. Ekonomi kita rapuh dan masih dalam program pengukuhan akibat kesan diskriminasi ekonomi penjajah British. Adakah kek ekonomi kita yang tak sampai 30% itu mahu dikongsikan lagi kepada imigran baru? Sebab itu, apabila bantuan petani, nelayan dan peladang Melayu dipotong atau ditiadakan, kita akan membaca keluhan-keluhan mereka. Maksudnya, ekonomi sendiri masih gayat dan tidak berdiri kukuh.
Kita diserang luar dan dalam. ‘Bangsa D4P’ sedang menambah populasi untuk menguasai undi pilihanraya akan datang. Imigran luar berpusu-pusu masuk pula. Jika kita masih mengulangi kebodohan yang sama dan bersikap sambil lewa, generasi imigran baru tidak mustahil akan menghasilkan ‘another bangsa D4P’ yang akan memijak kepala kita kelak dan menuduh kita sebagai pendatang pula. Kita jadi sasaran demi sasaran untuk dipergunakan sebab kelemahan kita dan malangnya, kita terlalu baik hati dan bertolak ansur pula!
Apa-apa pun…sebenarnya kita sudah penat dan tidak berkeupayaan menghadapi isu-isu imigran lagi. Cukuplah. Perlu ada kebijakan yang licik untuk melindungi negara kita dari dilema dan permainan isu pelarian/imigran ini.
Setiap perkara ada hadnya. Berbudi biar bertempat, buat baik berpada-pada.
*Ilmu-ilmu ghaib antipenjajahan begini boleh digali lebih mendalam dalam Kitab Raksa: https://bit.ly/2wKgRkt
~Srikandi
For Justice in History

Surah Al Kahfi.

SURAH AL KAHFI

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.

Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 🙌

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun – Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
Zulqarnain – Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🙌🙌

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Aslih nafsak, wad’u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Tak gituuwwww

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!